Pengurusan bisnes tadika di Malaysia sudah melalui fasa perubahan beberapa kali.
Jikalau dahulu, bisnes tadika dilihat sebagai pengurusan biasa, kini ia sudah dilihat sebagai penting untuk diuruskan dengan lebih sempurna dan teratur.
Meskipun begitu, ada banyak gaya pengurusan yang dipilih oleh mereka yang membuka tadika.
Ada yang menguruskannya sebagai pakar pendidikan dan ada yang menguruskannya sebagai bisnes.
Yang berbeza ialah, pengurus tadika dan pusat pendidikan kanak-kanak didedahkan dan diberi peluang menguruskan bisnes dan pada masa yang sama belajar untuk menjadi usahawan.
Mengurus bisnes dan belejar menjadi usahawan adalah dua perkara yang berbeza.
Blog ini merupakan ruang untuk berkongsi pandangan dan maklumat tetang pengurusan bisnes tadika dan pusat pendidikan kanak-kanak dalam konteks yang praktikal dan ditulis oleh pengamal serta orang bisnes itu sendiri.
Saya bakal berkongsi nota, artikel dan video oleh rakan-rakan bisnes yang lain.
Selamat belajar!